hi kt jln TAR.... sib aku ngn ielas smpt melarikan diri dr jalan tuh... kalo tak.... xtaw aku maw kata aper...silap2 bak kata ayah aku... " sib xkene angkut ngn fru " hahah
hah...ni...diorg ngah berarak dpn SOGO...sogo smpi TUTUP!!!! sib aku xsempat gi sogo...kalo x,maw terperangkap dlm tu...huhu
-----------------------------------------------------------------------------------
Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri
2.45 ptg :Polis semakin galak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan peserta himpunan Mansuh ISA dekat kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Keadaan makin tidak terkawal apabila gas pemedih mata itu, yang dilepaskan dengan menggunakan meriam air, secara membabi-buta terhadap kumpulan yang turut ada bersamanya pimpinan utama Pakatan Rakyat, termasuk Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.
Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.
p/s-> woi kerajaan...lu pikir la sindri....kalo keadaan td tu....dah cukup mgambarkan bahawa rakyat protes kepimpinan yg sedia ada ni....memusnahkan rakyat!!! lu org....g sembur gas ke arah org awam yg sdg beli belah.... org yg xbersalah.... lu jwb ngn TUhan.......